Diletakkan sebagai umpan dalam percaturan mencari kemenangan ke atas India menerusi sasaran realistik 3-2, siapa sangka Ng Tze Yong menjadi pencetus kepada kemenangan lebih awal.<br /><br />Tatkala Malaysia dilabel sebagai bukan pilihan, langkah pemain muda ini mematikan pencarian mata kedua India menerusi Srikand Kidambi pada Selasa, sememangnya wajar diberikan pujian.